Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang langkah-langkah mendapatkan tidur yang cukup dan kesan-kesannya
jika tidak cukup tidur. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Soalan 1: Rumusan
(30 markah)
Menurut kajian,keperluan tempoh masa tidur seseorang individu itu berbeza-beza
mengikut gen, mekanisma badan, umur dan jantina. Sesetengah
individu mudah terlena, manakala sebahagian lagi sangat sukar untuk melelapkkan
mata.
Sebenarnya, tempoh masa tidur bagi orang dewasa adalah dalam lingkungan enam
hingga lapan jam. Jika kurang daripada enam jam bermakna seseorang itu
“berhutang dengan tidurnya sendiri”. Namun begitu, kuantiti tidur yang
banyak juga tidak memberi impak yang baik jika tidur terganggu.
Yang paling penting ialah tidur yang berkualiti atau nyenyak walaupun kuantitinya
kurang daripada enam jam.
Biasakan diri untuk tidur mengikut waktu yang tetap setiap hari.
Jika perlu, anda perlu membatasi waktu tidur pada siang hari agar tidur pada
sebelah malam tidak terganggu. Bagi segelintir individual mereka mengakui
agak sukar untuk mengamalkannya. Walau bagaimanapun, bagi
mendapatkan waktu tidur yang cukup, anda perlu bertekad untuk
melakukannya. Di samping itu, anda perlu mewujudkan suasana tidur yang
nyaman. Pastikan bilik tidur anda menjadi tempat paling tenang untuk
merehatkan diri. Anda boleh mendengar muzik sentimental atau lembut
sambil membaca bahan bacaan ringan. Lampu yang malap juga boleh
digunakan.
Seseorang individu juga perlu mengelakkan diri daripada tidur dengan perut yang
terlalu kenyang. Jangan makan sebelum tidur. Makanan yang dimakan
sebelum tidur sukar dihadamkan. Jika lapar makanlah buah-buahan yang
rendah kalorinya. Kita juga wajarlah mengelakkan daripada terlalu banyak
berfikir sebelum tidur. Oleh itu, anda perlu menenangkan fikiran sebelum
masuk ke bilik tidur. Anda juga digalakkan untuk melakukan meditasi atau
senaman pernafasan. Penggunaan teknik wangian aromaterapi boleh dilakukan
dengan menitiskan beberapa titis minyak ke dalam bekas yang berisi air lalu
dibakar mampu bagi membangkitkan bau wangi yang dihasilkan daripada minyak
tersebut. Keadaan ini dapat mewujudkan fikiran yang tenang terutamanya
penggunaan minyak aromaterapi daripada wangian lavender amat sesuai untuk
membantu tidur yang lena. Bagi yang beragama Islam mungkin boleh
berzikir sehingga terlelap.
Bantal juga mempegaruhi kualiti tidur. Pemilihan bantal yang sesuai
merupakan elemen yang perlu dititikberatkan. Oleh itu, anda perlu lebih
teliti dalam memilih bantal yang bersesuaian demi “keamanan tidur” anda.
Tidak dinafikan, gaya tidur memainkan peranan yang penting dalam memastikan
anda mendapatkan tidur yang cukup. Oleh itu, anda perlu mengamalkan posisi
tidur yang baik. Tidur dengan posisi yang betul adalah dalam keadaan
tulang belakang dan tulang leher berada pada posisi selari.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Berhutang dengan
Tidur”
oleh Syahrul Ahmad, Dewan Siswa
, Februari 2017)
Ulasan
Catat Ulasan